Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel virus

Virus Omicron tidak menyebabkan kita hilang deria bau

Imej
  Yeslive - Varian Omicron virus COVID-19 tidak menyebabkan penghidapnya hilang deria bau seperti varian Delta. Pakar Perubatan Patologi (Mikrobiologi dan Imunologi) Institut Penyelidikan Perubatan (IMR), Dr Masita Arip, berkata itu satu daripada perbezaan ketara antara gejala varian Omicron dan varian Delta. "Selain itu, varian Omicron juga tidak menyebabkan demam dengan suhu tinggi seperti pesakit COVID-19 varian Delta sebelum ini. Antara gejala utama dibawa varian Omicron adalah sakit kepala dan loya. "Orang ramai yang mempunyai gejala demam dan sakit kepala dinasihatkan mendapatkan rawatan segera," katanya ketika menjadi tetamu dalam program Ruang Bicara terbitan Bernama TV malam ini. Dr Masita berkata, gejala dialami penghidap varian Omicron lebih singkat iaitu kurang lima hari berbanding varian Delta. Beliau berkata, masyarakat Malaysia perlu bersikap matang dalam menghadapi situasi melawan pandemik COVID-19 dengan segera mendapatkan rawatan apabila bergejala, sent