Harimau Malaya terima undangan aksi persahabatan dari 6 negara



Yeslive88 - Jendela perlawanan antarabangsa Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) bulan depan dilihat menjadi medan sulung buat ketua jurulatih baru skuad kebangsaan Kim Pan Gon untuk menguji kekuatan pasukan menjelang pusingan ketiga Kelayakan Piala Asia 2023 pada Jun ini.


Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Mohd Saifuddin Abu Bakar mengesahkan pada perlawanan persahabatan antarabangsa itu, sebanyak enam negara telah menyatakan minat untuk beraksi menentang skuad Harimau Malaya.


Tanpa mendedahkan negara-negara tersebut, Mohd Saifuddin berkata FAM terlebih dahulu akan mendapatkan pandangan daripada Pan Gon sebelum sebarang keputusan dimuktamadkan.


"FAM akan umumkan semuanya pasal perlawanan persahabatan semasa sidang media bersama Kim (Pan Gon) nanti. Setakat ini FAM sudah menerima pelawaan dari enam negara tetapi tidak boleh mengulas lanjut.

FAM kena dapatkan keputusan daripada jurulatih sama ada dia bersetuju atau tidak untuk bermain dan perlawanan-perlawanan mana yang dia nak (daripada kesemua pelawaan),” katanya ketika dihubungi Bernama, hari ini.


Jendela perlawanan antarabangsa Fifa bermula dari 21 hingga 29 Mac ini adalah jendela terakhir sebelum pasukan negara menghadapi kempen pusingan ketiga Kelayakan Piala Asia 2023.


Media sebelum ini melaporkan pengurus pasukan Thailand Nualphan Lamsam dipetik sebagai berkata skuad Gajah Perang sedang merancang dua aksi persahabatan masing-masing berdepan Malaysia dan Kyrgyzstan pada Mac.


Mohd Saifuddin yang ditanya mengenai perkara itu bagaimanapun enggan mengulas mengenai laporan tersebut.


Dalam perkembangan berasingan, Mohd Saifuddin menjelaskan skuad Bawah 23 Tahun (B-23) kebangsaan terpaksa berlepas sehari lebih awal menyertai Kejuaraan B-23 Persekutuan Bolasepak Asean (AFF) 2022 di Phnom Penh, Kemboja berikutan permintaan daripada pihak penganjur.


Katanya disebabkan permintaan tersebut, skuad kendalian Ketua Jurulatih Brad Maloney itu yang berlepas ke Kemboja pagi ini terpaksa melupakan hasrat mengadakan aksi pemanas badan menentang Singapura yang dijadual diadakan pada Rabu dan Khamis lepas.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penulis, pelakon Jit Murad ditemukan meninggal dunia

Virus Omicron tidak menyebabkan kita hilang deria bau